Selamat menyambut Hari Pekerja Tahun 2023



Selamat menyambut Hari Pekerja Tahun 2023 pada 1 Mei 2023 kepada warga Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia secara amnya dengan bertemakan "PEKERJA PEMANGKIN WADAH MALAYSIA MADANI".

Memetik kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW telah bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (897) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4929, 4930 dan 4931) tetapi dengan sanad yang berbeza.

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada warga MSWP agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat disamping meningkatkan mutu perkhidmatan agar keadilan dapat dilaksanakan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah Rasullulah S.A.W.

Tulus ikhlas dari:
YAA Tuan Haji Mohd Asri Bin Haji Tahir
Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

ATAS
https://www.data.gov.my CDO Procurement